Alat Kebolehcapaian

Latar Belakang

Program Pembangunan Produk Ke Arah Access Retail dan Export Ready dirancang untuk membantu usahawan-usahawan mikro, kecil dan sederhana yang mempunyai produk untuk dikembangkan ke kedai serba dan pasaraya besar asing di negara ini seperti Aeon Big, Lotus’s, Giant , Lulu Hypermarket serta saluran pasaran peruncitan domestik yang lain seperti di stesen minyak Petronas, Shell dan lain-lain.

Membantu usahawan PKNS yang telah bersedia dalam memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan (promosi, bekalan dan pengedaran berkesan) Membantu usahawan-usahawan untuk menembusi sektor peruncitan khususnya pasaraya besar tempatan dan asing.

Mengenalpasti pasaran domestik dan antarabangsa yang bersesuaian dimana boleh diterokai dan diceburi oleh usahawan-usahawan PKNS bagi memasarkan produk serta perkhidmatan yang disediakan. Meluaskan pasaran Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara dieksport keluar negara. Hal ini demikian kerana pasaran antarabangsa adalah lebih luas berbanding dengan pasaran tempatan. Pasaran yang lebih luas membolehkan usahawan memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan secara tidak langsung ianya meningkatkan pendapatan negara.

Program MEXPRO telah bermula pada Mac 2023 dan telah tamat pada Mei 2024 (15 Bulan)

Skop pelaksanaan Program MEXPRO bagi tahun 2023 melalui 5 fasa iaitu:

Fasa 1: Memahami Industri Retail & Pembuatan
Fasa 2: Pemilihan Model Perniagaan dan Produk /Perkhidmatan
Fasa 3: Lawatan, Bimbingan & Aktiviti Lapangan
Fasa 4: Akses Passaran & Pemerkasaan
Fasa 5: Persediaan Pasaran Eksport

Kategori Kelas Program MEXPRO

fas fa-star

MESAMEX

Kelas ini lebih memfokukan terhadap pembangunan produk daripada segi pembungkusan, model perniagaan, proses pembuatan, mengklasifikasikan SKU yang berpotensi dan penambahan SKU yang berpotensi.

fas fa-star

METAMEX

Inisiatif penembusan produk usahawan ke sektor peruncitan merangkumi beberapa program utama seperti transformasi pembungkusan produk, food sampling and merchandising, supply, business matching serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan promosi dan pemasaran produk serta pensijilan produk usahawan seperti HALAL, MESTI, GMP dan lain-lain.

fas fa-star

MEXPRO

Kelas akan lebih fokus kepada cara mengeksport produk ke luar negara dari segi logistik, penetapan kadar harga, berurusan dengan linker atau distributer dan lain-lain.

Syarat-Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia berusia 21- 45 tahun.
  • Menjalankan perniagaan yang sah dan berdaftar dengan SSM
  • Jualan tahunan RM300,000.00 ke atas
  • Memiliki sijil, diploma, ijazah atau ijazah sarjana IPTA/ IPTS
  • Mempunyai produk sendiri (berpotensi untuk eksport)
  • Mempunyai kilang pembuatan / OEM
  • Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun