Latar Belakang
PKNS melalui Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS (BPU) telah menjalankan kerjasama strategik bersama SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) di dalam mewujudkan satu program bagi memperkasakan lagi program pembangunan galakan Bumiputera Eksport. Program ini memberi tumpuan kepada menembusi pasaran Jepun dengan sasaran penyertaan usahawan dalam World Expo Osaka 2025.
Untuk tujuan itu, Program Pecutan Eksport (Export Acceleration Program – EAP) telah diwujudkan dengan hasrat memberi penumpuan kepada pembangunan berskala tinggi untuk 30 usahawan berpotensi eksport yang digilap dari program MEXPRO.
Program ini akan memberi fokus kepada pasaran Jepun dengan sasaran penyertaan usahawan dalam World Expo Osaka 2025. Negara Jepun dipilih kerana dilihat sangat strategik untuk mengembangkan perniagaan usahawan ke tahap global memandangkan Jepun merupakan salah satu negara dalam Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTTP). Ianya menyediakan pelbagai peluang untuk Malaysia menonjolkan potensi pasaran dalam memperkukuh sektor perkhidmatan, memudahkan aliran pelaburan dan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana.
Program EAP ini akan lebih memfokuskan terhadap segala aktiviti persediaan usahawan, pensijilan yang berkaitan dengan pasaran negara Jepun, percubaan pasaran, kebolehpasaran produk, sesi padanan perniagaan langsung dengan pembekal, peruncitan dan HORECA di negara tersebut. Peserta-peserta yang akan menyertai program ini akan menjalani beberapa modul yang berkaitan bagi memastikan produk-produk peserta dipasarkan di negara tersebut. Rajah 2: Modul Perlaksaaan Program EAP 2024.
Usahawan akan dibimbing untuk bersedia dengan kapisiti dan keperluan untuk akses pasaran antarabangsa terutama negera Jepun. Usahawan juga akan ditekankan mengenai pemahaman aspek pematuhan dan persijilan untuk keperluan akses pasaran eksport dan mengenalpasti embargo, larangan dan sekatan pasaran negara sasaran.
Usahawan pelbagai latar belakang perniagaan seperti makanan, minuman, kosmetik, kesihatan, penjagaan diri, peralatan rumah, fmcg, fesyen, ramuan, bahan mentah, makanan tambahan haiwan, teknologi hijau, baja, essential oil, post natal, perisian dan applikasi, komoditi, ternakan akan dipilih untuk menyertai program EAP 2024 di mana usahawan-usahawan tersebtu akan disalurkan ke medium yang tepat seperti berikut:
- Industri (membekalkan bahan mentah ke kilang di negara Jepun)
- Peruncitan (Kedai serbaneka seperti Lawson, Don Donki)
- E-Commerce
- Influncer / Key Opinion Leader (KOL)
- Affiliates
- Pembekal (Distributors)