Latar Belakang
Lawatan Jaringan merupakah inisiatif yang diwujudkan oleh PKNS untuk membina hubungan, memperluaskan rangkaian profesional, dan mempromosikan kerjasama antara individu, organisasi, atau komuniti. Lawatan ini biasanya melibatkan kunjungan peserta ke tempat-tempat tertentu seperti syarikat, institusi, atau lokasi industri yang relevan untuk tujuan pembelajaran, perkongsian pengalaman, dan pembentukan peluang perniagaan atau kerjasama.
Dasar Program
Dasar lawatan Jaringan adalah untuk memastikan setiap peserta (usahawan) dapat mempelajari sesuatu teknologi atau pengetahuan yang baharu bagi diguna pakai di dalam operasi harian perniagaan mereka.
Objektif Program
- Memperluaskan Rangkaian Profesional:
- Membina hubungan baru antara peserta dan pihak yang dikunjungi.
- Menjalin kerjasama strategik antara organisasi atau individu.
- Pertukaran Idea dan Pengalaman:
- Mempelajari amalan terbaik (best practices) daripada pihak lain.
- Mendapatkan pandangan baru yang boleh diaplikasikan dalam organisasi atau perniagaan peserta.
- Peluang Perkembangan Perniagaan:
- Mengenal pasti peluang perniagaan, pelaburan, atau pasaran baru.
- Mempromosikan produk, perkhidmatan, atau jenama peserta kepada pihak lain.
- Peningkatan Ilmu dan Kemahiran:
- Mendapat pendedahan kepada teknologi, inovasi, atau proses kerja terkini dalam industri tertentu.
- Memahami cabaran dan peluang dalam sektor atau bidang yang dikunjungi.
- Meningkatkan Kerjasama Antara Sektor:
- Menggalakkan interaksi antara sektor awam, swasta, dan komuniti.
- Memupuk hubungan antara pelbagai pihak untuk pembangunan bersama.
Kumpulan Sasar
Usahawan BizClub PKNS
Syarat Menyertai
- Ahli BizClub PKNS yang masih aktif.
- Terbuka kepada usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PKS).
- Usahawan yang mempunyai perniagaan mengikut tema/jenis program.
Kaedah Pelaksanaan Program
- Program dijalankan sebanyak dua (2) kali setahun
- Setiap peserta akan dibawa ke syarikat/institusi/tapak industry/premis usahawan/kilang mengikut tema dan keperluan semasa
- Usahawan akan diberikan taklimat mengenai operasi serta fungsi tempat lawatan tersebut
- Usahawan diberi ruang secara terbuka untuk menjalankan kerjasama atau mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi terlibat (kerjasama OEM)