Alat Kebolehcapaian

Latar Belakang

Program GROW PLUS merupakan satu lagi inisiatif PKNS dalam memartabatkan dan meningkatkan kualiti usahawan ke arah lebih berdaya saing dan berdaya maju serta mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Kriteria Peserta

Kriteria pemilihan peserta bagi mengikuti Program GROW PLUS 2024 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun
  • Memiliki diploma / Ijazah / Sarjana / PhD
  • Pemilik syarikat
  • Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Jualan minimum sebanyak RM 300,000 setahun
  • Terbuka kepada semua industri

Objektif

  • Membangunkan usahawan menjalankan aktiviti perniagaan berdaya maju yang menjana pulangan tinggi serta menyumbang kepada KDNK negara.
  • Meningkatkan kompetensi usahawan di dalam pengurusan perniagaan serta memperkasakan tadbir urus syarikat.
  • Memperkasa usahawan dalam mendigitalisasian operasi perniagaan seterusnya meningkatkan produktiviti dan efisien.
  • Mengembangkan perniagaan usahawan ke pasaran peruncitan dalam dan luar negara melalui saluran dan kerjasama agensi terlibat melatih dan membimbing usahawan syarikat bersaiz mikro kepada kecil dengan ilmu keusahawanan dan perniagaan yang berstruktur, praktikal dan terkini.

Outcome Program

  • Pemahaman dan kemahiran yang lebih mendalam dalam mengurus operasi harian dan mengaplikasi kepimpinan efektif dalam organisasi.
  • Kemampuan untuk merancang dan melaksanakan strategi pemasaran dan jualan yang efektif di semua saluran online dan offline.
  • Pengintegrasian teknologi baru ke dalam model bisnes untuk meningkatkan kecekapan operasi dan nilai tambah dalam perniagaan.
  • Sasaran peningkatan jualan dan pendapatan perniagaan sekurang-kurangnya 20% dengan perkembangan perniagaan yang positif selepas menyertai program GROW PLUS.

Kaedah Pelaksanaan Program

  • Iklan dan promosi
  • Taklimat program bermodul PKNS
  • Temuduga
  • Kelas latihan dan bimbingan , tugasan dan pemantauan
  • Lawatan premis usahawan
  • Karnival Usahawan PKNS
  • Final Pitching
  • Majlis tamat program