Alat Kebolehcapaian

Latar Belakang

Program BizMatching (BizMatch) adalah inisiatif PKNS yang bertujuan untuk mempertemukan usahawan dengan rakan kongsi perniagaan yang berpotensi, pelabur, pembekal, atau pelanggan. Program ini direka untuk memudahkan jaringan perniagaan, memperluaskan peluang kerjasama, dan menyokong pertumbuhan perniagaan di kalangan usahawan PKNS.

PKNS melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) telah melaksanakan beberapa siri program Padanan Perniagaan (Bizmatching) melibatkan usahawan PKNS sejak tahun 2021. Program ini semakin mendapat tempat dikalangan usahawan PKNS dan mulai tahun 2022, BPU telah melibatkan sesi Bizmatching bersama usahawan dan agensi luar.

Sejak ia diperkenalkan di PKNS, sebanyak lebih 23 siri program BizMatch telah dianjurkan dengan penglibatan pelbagai pihak seperti Agensi Keusahawanan di Negeri Selangor dan Agensi Pembiaya. PKNS akan melaksakan sekurangnya 7 siri program BizMatch pada setiap tahun mengikut perancangan tahunan dan salah satu program tersebut akan dianjurkan secara besar-besaran (Mega) dengan melibatkan penyertaan seluruh usahawan di Malaysia.

Dasar Program

Memberikan peluang kepada usahawan untuk memperluaskan jaringan perniagaan dan mendapatkan rakan strategik serta membantu perniagaan kecil dan sederhana (IKS) bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa melalui kolaborasi strategik.

Objektif Program

  1. Mewujudkan Peluang Kolaborasi
    • Membantu usahawan mencari rakan strategik untuk memperluaskan operasi perniagaan mereka.
  2. Menghubungkan Usahawan dengan Pelabur
    • Membuka peluang kepada usahawan untuk mendapatkan pembiayaan atau pelaburan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
  3. Meningkatkan Jaringan Perniagaan
    • Memberi ruang kepada usahawan untuk berinteraksi dan membina hubungan dengan pemain industri lain.
  4. Mempercepatkan Pertumbuhan Perniagaan
    • Menyediakan akses kepada sumber, pasaran, dan teknologi baru yang boleh membantu perniagaan berkembang.

Kaedah Pelaksanaan Program

  1. Sesi Pertemuan Satu Lawan Satu
    • Usahawan diberi peluang untuk bertemu dengan rakan kongsi atau pelabur yang berpotensi dalam program.
  2. Forum dan Seminar
    • Aktiviti untuk membincangkan trend industri, peluang pasaran, dan strategi perniagaan.
  3. Pameran Produk dan Perkhidmatan
    • Ruang untuk usahawan mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka kepada peserta lain.
  4. Peluang Pitching
    • Usahawan boleh membentangkan idea atau pelan perniagaan mereka kepada panel pelabur atau pihak berkepentingan.
  5. Sesi Jaringan Informal
    • Acara seperti makan malam atau rehat kopi untuk membolehkan peserta berinteraksi dalam suasana santai.

Syarat Menyertai

  • Ahli BizClub PKNS
  • Usahawan kecil dan sederhana (IKS).
  • Startup yang mencari pelaburan atau rakan kongsi.
  • Syarikat yang ingin memperluaskan pasaran atau mencari pembekal baru.
  • Individu atau organisasi yang berminat untuk melabur dalam perniagaan.

Kumpulan Sasar

  • BizMatch : Usahawan BizClub PKNS
  • BizMatch MEGA : Semua Usahawan Malaysia