Alat Kebolehcapaian

Latar Belakang

Program penyertaan ekspo dalam negara adalah inisiatif yang dianjurkan oleh PKNS untuk membantu usahawan BizClub PKNS dan perniagaan mereka di dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan melalui penyertaan dalam pameran perdagangan atau ekspo yang diadakan di dalam negara.

Program ini juga bertujuan untuk membantu usahawan BizClub PKNS untuk mempersiapkan mereka bagi memasuki pasaran antarabangsa selain pendedahan berkenaan tatacara mengeskport produk ke luar Malaysia. Selain itu, program ini juga dapat melatih usahawan di dalam berkomunikasi dan mendapatkan input terbaik berdasarkan permintaan pasaran dengan pembeli, pengilang, pemborong yang berpotensi.

Dasar Program

Dasar program adalah garis panduan dan objektif yang dirangka untuk memastikan pelaksanaan program tersebut berjalan dengan lancar, efektif, dan memberikan manfaat kepada usahawan serta ekonomi tempatan. Antara dasar pelaksanaan program adalah :

  • Menyokong Pembangunan Usahawan Tempatan
  • Meningkatkan Keupayaan Pasaran Domestik
  • Memperkasakan Industri Tempatan
  • Memberikan Sokongan Kewangan dan Teknikal
  • Meningkatkan Kerjasama Awam dan Swasta
  • Memastikan Penyertaan yang Inklusif
  • Meningkatkan Daya Saing Ekonomi
  • Mematuhi Peraturan dan Standard
  • Penilaian dan Pemantauan

Objektif Program

  1. Memperkenalkan Produk dan Perkhidmatan Tempatan
    • Memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna, pemborong, dan peruncit di pasaran tempatan.
    • Meningkatkan kesedaran jenama dan membina reputasi perniagaan.
  2. Meningkatkan Jualan dan Pendapatan
    • Membuka peluang untuk meningkatkan jualan langsung semasa ekspo berlangsung.
    • Menghubungkan peserta dengan pembeli atau rakan kongsi perniagaan yang berpotensi untuk transaksi jangka panjang.
  3. Menggalakkan Jaringan Perniagaan (Networking)
    • Memudahkan interaksi antara usahawan, pembekal, pelabur, dan rakan niaga.
    • Mewujudkan peluang kerjasama strategik dan perkongsian perniagaan.
  4. Menyokong Pembangunan Usahawan
    • Memberikan pendedahan kepada usahawan terhadap trend terkini dalam industri masing-masing.
    • Membantu mereka memahami keperluan pasaran dan memperbaiki produk atau perkhidmatan berdasarkan maklum balas pengguna.
  5. Meningkatkan Daya Saing Usahawan Tempatan
    • Membantu perniagaan tempatan bersaing secara efektif dengan jenama lain di pasaran domestik.
    • Mendorong inovasi dalam pengeluaran produk dan penyampaian perkhidmatan.
  1. Memacu Pertumbuhan Ekonomi Tempatan
    • Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan aktiviti perdagangan dan perniagaan.
    • Menggalakkan penggunaan produk tempatan oleh rakyat Malaysia.
  2. Memberi Pendedahan kepada Peluang Pasaran
    • Membantu usahawan mengenal pasti peluang pasaran baru di dalam negara.
    • Membuka pintu kepada sektor atau industri lain yang relevan untuk pengembangan perniagaan.
  3. Meningkatkan Kepercayaan dan Keyakinan Pelanggan
    • Membolehkan pelanggan melihat, mencuba, dan memahami produk secara langsung, yang dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap produk atau jenama tersebut.
  4. Menyediakan Platform untuk Latihan dan Pembangunan
    • Memberikan peluang kepada usahawan untuk belajar daripada peserta lain, pakar industri, dan bengkel yang diadakan semasa ekspo.
    • Membantu usahawan memahami strategi pemasaran dan penjenamaan yang lebih efektif.
  5. Menyediakan Asas untuk Pasaran Antarabangsa
    • Sebagai langkah awal untuk mempersiapkan usahawan tempatan menembusi pasaran global dengan memulakan promosi di peringkat domestik.

Kumpulan Sasar

Peserta program penyertaan ekspo dalam negara adalah syarikat / usahawan / individu / yang menjadi ahli BizClub PKNS yang sah.

Syarat Menyertai

  1. Ahli BizClub PKNS yang masih aktif.
  2. Terbuka kepada usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PKS).
  3. Usahawan yang mempunyai perniagaan mengikut tema/jenis ekspo.
  4. Mempunyai produk yang sesuai denga ekspo
  5. Mempunyai kapasiti dan kreabiliti produk

Kaedah Pelaksanaan Program

  • BPU akan menempatkan usahawan terpilih di dalam 1 ruangan pavilion khas PKNS yang dibina di dalam setiap ekspo dalam negara yang disertai.
  • Setiap ekspo akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti promosi seperti demostrasi produk dan padanan perniagaan.
  • Laporan jualan / potensi jualan akan direkodkan bagi setiap usahawan yang menyertainya dan akan dianalisa bagi tujuan rekod serta penambahbaikan pada masa akan datang