Alat Kebolehcapaian

Latar Belakang

PKNS Entrepreneur Bizcentre (BizCentre PKNS) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh PKNS pada tahun 2022 bagi memberi peluang kepada usahawan PKNS mempromosikan produk mereka di dalam sebuah premis/kiosk dengan memberi keutamaan kepada produk berteraskan makanan kering mahupun sejuk beku.

Selain itu, BizCentre ini juga diwujudkan bagi memperkenalkan produk usahawan PKNS kepada deligasi luar di mana setiap deligasi lawatan yang membuat lawatan di PKNS terutamanya berkaitan keusahawanan akan dibawa melawat ke BizCentre. Ini secara tidak langsung dapat memperlihatkan kemajuan produk-produk usahawan PKNS.

Dasar Program

Sebagai penambahbaikan terhadap pembangunan dan perkembangan usahawan bumiputera di Negeri Selangor, lalu PKNS menyediakan satu platform khas untuk para usahawan PKNS memperkenal serta mempromosikan produk keluaran mereka.

Objektif Program

  1. Menyediakan Platform Pemasaran
    • Memberikan ruang fizikal kepada usahawan untuk mempamerkan dan menjual produk mereka.
    • Membantu meningkatkan keterlihatan produk di kalangan pengguna.

  2. Memperluaskan Pasaran Produk Usahawan
    • Membuka peluang kepada usahawan untuk menjangkau pasaran yang lebih luas, termasuk pelanggan tempatan dan pelancong.
    • Meningkatkan akses kepada pelanggan yang mungkin sukar dicapai tanpa premis tetap.

  3. Meningkatkan Jualan dan Pendapatan
    • Memberikan peluang kepada usahawan untuk meningkatkan jualan secara langsung.
    • Membantu usahawan menjana pendapatan yang stabil melalui lokasi yang strategik.

  4. Memperkukuhkan Jenama Tempatan
    • Membangunkan kesedaran jenama produk usahawan di kalangan pengguna.
    • Membantu membina reputasi dan kepercayaan terhadap produk tempatan.

  5. Menyokong Pembangunan Usahawan PKNS
    • Memberikan pengalaman perniagaan sebenar kepada usahawan dalam menguruskan operasi jualan dan pelanggan.
    • Membantu usahawan meningkatkan kemahiran pemasaran dan pengurusan perniagaan.
  1. Memacu Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor
    • Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi melalui sokongan terhadap perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
    • Mewujudkan peluang pekerjaan bagi komuniti setempat.

  2. Menggalakkan Penggunaan Produk Tempatan
    • Meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap produk buatan tempatan.
    • Menggalakkan pengguna untuk memilih produk tempatan sebagai alternatif kepada produk import.

  3. Menyediakan Sokongan Infrastruktur
    • Menawarkan kemudahan asas seperti ruang pameran, storan, dan peralatan yang diperlukan untuk operasi perniagaan.
    • Mengurangkan beban kos kepada usahawan yang tidak mampu menyewa atau memiliki premis sendiri.

  4. Menggalakkan Kolaborasi dan Jaringan
    • Memberikan peluang kepada usahawan untuk berinteraksi dengan usahawan lain.
    • Membuka ruang untuk kolaborasi dan perkongsian idea antara usahawan.

  5. Meningkatkan Daya Saing Usahawan
    • Membantu usahawan memahami keperluan pasaran dan memperbaiki produk mereka berdasarkan maklum balas pelanggan.
    • Memberi peluang kepada usahawan untuk bersaing secara sihat di pasaran tempatan.

Kumpulan Sasar

Usahawan BizClub PKNS

Syarat Menyertai

  1. Ahli BizClub PKNS yang masih aktif.
  2. Terbuka kepada usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PKS).
  3. Usahawan yang mempunyai produk sesuai dengan konsep BizCentre PKNS.

Kaedah Pelaksanaan Program

  • Menguruskan pendaftaran produk di BizCentre ;
  • Menguruskan proses penerimaan produk dan penyusunan produk ;
  • Merekod dan memantau penjualan produk usahawan ;
  • Menyemak dan memastikan semua produk berada dalan keadaan baik ;
  • Menguruskan pembukaan dan menutup BizCentre ;
  • Menguruskan proses penjualan dan pembayaran produk ;
  • Menguruskan pembayaran kepada usahawan bagi produk yang dijual ;
  • Memastikan BizCentre sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur ;
  • Mempromosikan Bizcentre dan produk-produk usahawan yang dijual di BizCentre ;
  • Menyediakan laporan jualan bulanan bagi pemantauan BPU