Program Sub Kontraktor Bumiputera (SKB) PKNS

Program Sub Kontraktor Bumiputera (SKB) PKNS

PENUBUHAN PROGRAM SUB-KONTRAKTOR BUMIPUTERA (SKB)

Program Sub-Kontraktor Bumiputera (SKB) telah dimulakan pada tahun Mac 1996 dan program SKB PKNS merupakan program Pembangunan Usahawan kedua yang diperkenalkan oleh PKNS. 

Program SKB adalah untuk usahawan bumiputera yang memiliki syarikat kontraktor dengan gred CIDB G2 hingga G5 yang melaksanakan kerja-kerja kontrak di projek-projek pembinaan yang terdiri daripada kontraktor bidang kerja awam, elektrik atau landskap.

SKB akan dibimbing di dalam masa 5 tahun di mana di dalam tempoh tersebut, SKB akan diselia dan diberikan sokongan dari segi teknikal, kihidmat nasihat pengurusan serta latihan CIDB secara berterusan bagi memastikan syarikat kompeten dalam melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan di projek-projek PKNS dan mampu berdaya saing.

Muat Turun Borang Permohonan SKB PKNS
SKB

Anda berminat? Pastikan anda memenuhi syarat- syarat permohonan. Syaratnya adalah seperti berikut :

Syarat-Syarat Kelayakan
  • Modal saham dan pemilik adalah 100% bumiputera
  • Kawalan pengurusan syarikat 100% bumiputera
  • Syarikat berdaftar dengan CIDB (Gred G2 sehingga G5) SAHAJA
  • Berjaya menyiapkan sekurang-kurangnya 5 projek dalam tempoh 3 tahun
  • Mempunyai keupayaan dari segi kewangan,pengurusan & teknikal yang baik
  • Syarikat berpengalaman melaksanakan kerja-kerja di LUAR bangunan
  • BUKAN syarikat perunding, penyelenggaraan atau penghawa dingin
  • Syarikat beroperasi di Negeri Selangor

Latar Belakang

  • Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan professionalisme kontraktor melalui penyertaan mereka dalam program-program CIDB.
  • Memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah memberi sumbangan dan berjasa kepada industri pembinaan.
  • Mempertingkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan.

Dasar

Program Sub-Kontraktor Bumiputera (SKB) adalah merupakan sebuah usaha pembangunan yang tersusun dan terancang bagi melahirkan sub-kontraktor bumiputera yang kompeten di dalam melakukan kerja-kerja kontrak dan perkhidmatan yang berkaitan dengan industri pembangunan hartanah melalui penglibatan mereka di dalam projek-projek hartanah PKNS.

Objektif

  • Menjadi salah satu platform berstruktur untuk meningkatkan kualiti kerja-kerja kontrak oleh kontraktor.
  • Mewujudkan kontraktor binaan yang pakar dan mahir dalam kerja-kerja kontrak.
  • Membuka peluang untuk kontraktor bumiputera meningkatkan keupayaan mereka bagi memastikan ruang penglibatan yang lebih tinggi di dalam industri ini.
  • Membantu perkembangan kontraktor dari kelas rendah ke kelas tertinggi melalui proses peningkatan atau penggabungan.

SENARAI BIDANG KERJA

  • Refuse compartment, Fencing & Gate
  • Drainage
  • Roadwork
  • Water Reticulation
  • Sewerage
  • Iron Work
  • Street Lighting
  • Telekom Infra
  • TNB Substation
  • Hardscape
  • Softscape

Pencapaian

Sehingga kini PKNS telah melahirkan syarikat kontraktor yang berkompetensi tinggi dalam melaksanakan 14 jenis kerja-kerja luaran bangunan dalam projek PKNS mahupun di organisasi luar dengan pencapaian 7 syarikat yang berjaya sebagai syarikat kontraktor dengan Gred CIDB G7.
SKB

Hubungi Kami

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, PKNS BIZPOINT
No. 67D,Tingkat 4,
Jalan Plumbum P7/P
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

  • dummy(603)5565 4708 / 4711

  • dummy  ppu@pkns.gov.my

Search