Saya memperakui segala maklumat di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab atas semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS. Saya juga akan memastikan semua peralatan elektrik dimatikan serta bilik/ruang berada dalam keadaan bersih selepas digunakan. pihak Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS berhak mengambil tindakan ke atas saya sekiranya saya melanggar syarat-syarat seperti yang dinyatakan.
Terma Dan Syarat Penyewaan Bilik Seminar dan Ruang Acara di Bangunan PKNS BizPoint, Seksyen7 Shah Alam.
Peralatan yang disediakan:
a. Bilik seminar (Theatre, Classroom, U-Shape atau Cluster)
b. LCD
c. Flipchart / white board dengan markers
d. PA System dan 1 microphone (Dewan dan Bilik Sederhana Sahaja)
e. Perkhidmatan makanan mengikut pesanan.
Bayaran ini TIDAK TERMASUK :
a. Penginapaan/makanan
b. Kertas mahjung.
c. Bilik-bilik mesyuarat di Vio By PKNS.
d. Petak letak kereta khas di luar Bangunan PKNS BizPoint
e. Ruang Espresso Cafe
Lain-lain kos. Bayaran tidak termasuk pakej :
a. Kertas Flipchart - RM50.00
b. Laptop - RM200.00
Pembayaran dan tempahan:
a. Untuk tempahan bilik seminar dan ruang acara, kami menerima bayaran tunai sahaja. Sila jelaskan bayaran penuh TIGA (3) hari sebelum tarikh masuk.
b. Kami menerima pesanan daripada Kerajaan.
c. Sila kemukakan surat rasmi daripada Kementerian / Jabatan / Agensi.
d. Bayaran melalui cek hendaklah dijelaskan 2 minggu sebelum tarikh tempahan atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR.
e. Wang pembayaran tidak akan dikembalikan sekiranya pihak tuan/puan membatalkan tempahan dalam tempoh 24 jam seperti yang telah dipersetujui.
f. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar semasa \ berada di dalam bilik seminar/ruang acara. Menu yang disediakan adalah menu tempatan dan PKNS berhak menentukan menu pada setiap hari. Pihak pembekal tidak menyediakan makanan berasaskan sayur-sayuran.
g. Ruang yang dibenarkan untuk tujuan penyewaan adalah Ruang Acara PKNS BizClub (kawasan tengah sahaja & konsep terbuka) dan bilik seminar sahaja.
h. Penyewaan Bilik Seminar hanya di dalam bilik sahaja kecuali meja pendaftaran tidak termasuk kawasan ruang makan (konsep tertutup)
i. Semua perabot, peralatan sistem audio, suis elektrik dan lain-lain peralatan milik Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS akan disemak bersama penyewa dan setelah itu adalah tanggungjawab penyewa untuk menjaga dengan baik. Caj akan dikenakan sekiranya berlaku sebarang kerosakan.
j. PKNS berhak menuntut bayaran tambahan jam seterusnya sekiranya pihak tuan/puan didapati masih menggunakan bilik seminar/ruang acara lebih daripada masa yang telah dipersetujui.(maksimum penggunaan 10 minit sahaja).
k. Waktu Penyewaan :
i. 8.30 pagi – 5.30 petang
ii. 8.30 pagi - 1.30 tengahhari
iii. 2.00 petang – 6.00 petang
iv. 8.00 malam – 11.30 malam
Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan, kecederaan, kerugian, kehilangan harta benda dan apa-apa jua kemalangan dan kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak semasa berada di Bangunan PKNS BizPoint ini. Risiko yang dihadapi adalah tanggungjawab sendiri.
Terima kasih kerana memilih PKNS BizPoint sebagai lokasi seminar dan acara.